Sunday, February 3, 2013

View from Broga Hill..

22 Januari 2013

Plan untuk naik broga ni last minit sebenarnya sebab aku tetiba terbaca dekat tuiter dak2 komander nak pegi sempena habis paper diorang (maklulmlah kawan2 ramai student lagi). Aku ni menyibuk je nak ikot tapi alang2 boley warming up kaki sebelum pegi gunung bunga buah yang memang dah lama aku plan dengan fiqah.

Kitorang pegi 8 orang 2 buah kete. Yang naik kete aku, fiqah, aizat dan bojang. Kete shery, intan, skin dan biskot. Kitorang gerak pukol 2 pagi dari burger king seksyen 13, kemain awal kan excited konon nak kejar sunrise. Sepanjang perjalanan semua ok sebab ade yang dah penah pegi dan familiar jalan ke sana tapi malangnya jalan tu shery buat macam rete sendiri, kemain speed macam kat litar sepang, lampu merah pon habis dye redah. Aku kalo dapat saman memang aku share saman tu dgn dye haha. Sekali sampai dalam pukul 4, hah kan dah terawal sangat so lepak dekat mamak borak2 dulu lepas tu parking jap dekat petronas tunggu subuh. Sementara nak tunggu aku bedal tidur la sekejap.

Selesai je solat kitorang terus gerak ke tempat parking broga (kawasan ladang). Jam 6.50am kalau tak silap kami memulakan pendakian tanpa streching, bajet semua fit je kan. Memandangkan keadaan masih gelap so kami gunakan torchlight untuk mencari trek permulaan. Lebih kurang 30-40 minit kitorg pon sampai dekat 1st peak broga. 

Memandangkan hari tu hari selasa so tak la ramai sangat manusia dekat atas tu macam hari2 minggu. Tk ramai pon penoh jugak la puncak tu and mostly diorang ni student rasenye sebab diorang baru habis paper semua kan and muka suci2 je lagi. Broga ialah tempat dimana beribu2 pictures akan diambil so setiap langkah kitorg akan snap pcture. Nasib ada si biskot yang memang jadi photographer tak bertauliah kitorg dan jenis tak kesah gamba dye takde haha. Memasing posing habis la dekat atas tu sebab memang cantik view dye. 

1st peak, sape punye idea ntah love2 ni, haih komander komander

celah semak samun pon kitorang masuk sebab alasan pokok tu cantik

otw ke 2nd peak

si bunga yang gagah bersama si kumbang yang ayu

view 1st peak dari trek ke 2nd peak

view ke 2nd peak

2nd peak

berlatar belakang last peak

nak ke last peak kena lalu batu yang ada tali ni

lastly puncak bukit broga

thanx to photographer, biskot

pokok pon nak dipanjat

sandle yang berkhidmat

once commander forever commander

nice view

Last sekali lepas turun dari broga, memasing lapar dan kitorang plan pergi berendam dekat sungai gabai. otw nak ke sana kitorg singgah warung kat tepi2 jalan tu tapau bekalan makanan.




Saturday, February 2, 2013

Tawan 3 puncak..

Bismillahirohmanirohhim..

Penghujung bulan aku manfaatkan dengan aktiviti yang dah agak lama aku tinggalkan..
HIKING!!
Dalam masa seminggu starting 22 till 28 januari lepas aku berjaya tawan 3 puncak iaitu puncak broga, puncak bunga buah dan puncak tabur.
kalau di ikutkan memanglah puncak2 ni biasa dan ala kadar je tapi aku enjoy sebab pegi dengan orang2 yang same kepala macam aku.
Aku akan update cerita setiap pucak satu persatu on the next post.


Friday, January 11, 2013

Bertahan..

Tahan untuk geram
Tahan untuk marah
Tahan untuk mengamuk
Tahan untuk kecewa
Tahan untuk benci 
Dan tahan untuk rindu

Jadi saya harap saya masih berada dalam sifat sabar

"Robbana Affri'alaina Sobran Watawaffana Muslimin"


Monday, December 31, 2012

Half from them ~ 2012..

Ohoho!
Today is the last day for 2012 and I'm still in life.
Thank God.
I hv a lot of memories either bad or good.
Many lessons learned in 2012.
One thing that I got, I can't ever trust a person much than I trust myself.
Why?
Because no one will love me as much as I do.

By the way, 

I was lucky to hv many frenz who also love me.
And I love uolls too.
They gave me a color to paint my drawing of life.
Up and down, all the awesome frenz were there.


Money and calculator?
Accountancy's frenz (diploma and bachelor)














A part of my heart since diploma.
Komander's frenz










New adventure gang and "gila-gila" frenz







Lepaking and santaiking frenz





Thank to all of u. I give a star to our friendship.
May Allah bless us together.
Insha Allah.





Wednesday, December 26, 2012

Matang..

Hoi! Eh salam!! Erm erm benanye aku nak cakap apasal dunia sekarang cepat je ea mase berlalu. Dia berlari pecut ea? Kemain sekejap cerah sekejap gelap and sedo2 dah last week of 2012 weyh. Ape cer? Matlamat and azam 2012 da tercapai belom? Haa aku ade yang da tercapai ade yang belom. Yang da tercapai aku berjaya konvo, dapat kerja and beli asset pertama. Yang belom capai lagi tu nak jadi matang. Haha macam bebudak lagi otak ni berpikir.

Apasal aku cakap camtu? Sebab sesikit sampai timing dye, otak suh hati yang pikir. Kalo suh hati yang pikir tau nak menyakitkan hati je. Nampak beno hati ni banyak bintik2 hitam. Haih aku rasa nak operate hati ni pastu basuh dengan air zam-zam. Kasik bersih sikit. Haha sengal.

Takpela at least 2012 aku dah start bina hidup aku sendiri and tak payah nak menyusahkan duet mak bapak lagi. Cuma takkan termampu nak bayar pengorbanan diorng tu la. Tapi alhamdulillah. Syukur jugak sebab 2012 buat hidup aku lagi rapat dengan family sebab sebelum ni tym belaja dok ke hulu ke hilir tak berhenti. Orang bizi la konon kat uitm tu. Phui! Tapi sekarang asal aku free je weekend mesti start enjin kereta balik kampung. Syookkk!!

So aku nak build azam untuk next year pulak, biar jadi solehah dari sekarang. Kene pikir kutip bekalan akhirat jugak weyh. Kalo Tuhan bagi nyawa lagi itu bukan untuk buat azam dunia je kena buat azam akhirat jugak. Mati tak tau bila. Surprise! So lebih baik get ready setiap masa. Amboi! Seram pulak cite pasal mati2 ni yelah sebab bekalan ni tak penah nak cukup lagi kan. *insaf*


Wednesday, November 21, 2012

Kuat..

Ok tadi siang macam bingung kan. So da malam ni banyak munasabah diri balik, cari orang2 yang boley bagi pendapat dan nasihat, mintak pandangan ibu, pikir jalan terbaik dan ape yang aku buat ni adalah untuk aku jadi lagi kuat and terima kenyataan. Dulu aku tangguh2kan untuk buat tapi kali ni kena jugak nekad even dalam keadaan terpaksa. Moga terbaik untuk aku dan semua. Remove!

Bingung..

Aku bingung dengan keadaan diri sendiri. Tah kenapa susah sangat lah nak belajar terima kenyataan yang pedih? Bongok tak? Senang je cakap bile terime dugaan hati kena kuat, tapi bila hati dah kuat tetibe ade pulak satu perkara berkaitan yang datang hentam hati kite balik. Ingat tak remuk ke? Aku dah lari sejauh yang mungkin tapi kesakitan tu datang kejar aku balik. Kenapa? Cukup2 lah, hati inginkan ketenteraman. Mohon sedar.