Thursday, January 9, 2014

Lifeless...

Comeback for new year 2014. Bagi can aku nak meraban dekat blog ni utk starting year 2014 yg mana rakyat Malaysia bakal berdepan dgn segala macam kenaikan harga barang dan kos hidup (yg mana aku jugak harap gaji aku akan naik). Tak lambat kot nak wish happy new year (cis bajet ramai je yg follow blog tak femes ni). Btw to strangger or kaki2 stalker yg suka stalk tu hah baca la nak baca, aku wish utk korg jugak n semoga happy sgt2 la dgn apa yg korg kecapi sepanjang 2013 tu walaupon kot2 ade yg backstabber aku ke, guriskan hati aku ke. Btw yg pasti dan yakin 2013 aku makin tabah gile dan bahagia dgn whatever i have. Thank you Allah :)

Nak cerita pasal hiking ni, Ya Rabbi lahai dah berbulan tak hiking. Last hiking end month of September dekat Brinchang, Cameron dgn team komander. Lepas tu busy dengan politik. Aumm join politik dah mak sekarang ni nox. Haha and alhamdulillah di beri kepercayaan utk lead as a leader dekat cawangan sendiri dan menang jugak utk peringkat bahagian. Insyaallah will do my best and contribute something yg value to all of us. Eventhough skrg to much busy with my carrier but I try to spend as much as I can to think, handle and give commitment to this responsibilities.

End closure for a big company like Nestle is to hard for me which still new in this department. I'm taking part on OBU right now, which consist of confectionary, chill and ice cream for all around Malaysia. So mmg tak sempat nak kejar all this kind of job. Pergi keje pagi balik tengah malam dari bulan 11 hari tu sampai la sekarang da 2nd week January. But sokey cause I've learn much new things and good for me in the future. Bosan tak nak cerita pasal kerja haha.

Actually aku nak related kan pasal kerja dgn life sekeliling aku. My friends getting married (much) uhuks! Tahun ni dah dihitung kira dekat 12 org okey, bukan 12 pasang tau. Every month tu boley di katakan dah ada yg booked la. Gile ni in case kalau nak try selitkan utk diri sendiri ni mmg tak lepas dah la kot. So takpe korg jalan dlu, aku booked tahun lain haha.

Aku terfikir la dgn scenario hidup aku sekarang mcm tak nampak la ciri2 hidup berumahtangga ni. Mana tak nye pukul 10, 11 baru la nak balik uma. Ini kalau ada suami hari2 makan hati dan kalau dye carik org lain ha tak ke naiye hidup. Nauzubillah la tak nak. Gile ape ni cerita pasal kawen haha. Biar la sebab ramai sgt kawan nak kawen so biar aku meroyan pasal kawen kejap.

Nak kawen ni aku tak tahu la sedia ke tak. Ada kawan aku ckp jgn tunggu bersedia nk kawen baru nak kena fikir sb kalau nk tunggu sedia, sampai bila2 pon takkan sedia tau. Tapi yela still jugak fikir mampu ke nk galas tanggungjawab sbg suami/isteri. Kalau suami nak kena cari duit la, sediakan keperluan keluarga la, beli itu beli ini. Kalau isteri pulak nk kene make sure suami tu di penuhi segala kehendak dye, kemas rumah, masak, basuh segala bagai. Sedangkan masa single ni pon nk masak makan sendiri pon malas, nak basuh baju sendiri pon seminggu sekali. Itu belum masuk part kalau isteri kerja, pagi2 kene bangun buat breakfast bagai pastu pegi keje pastu kalau keje macam aku ni asyik balik lambat ha? Nak balik kene masak la, sediakan pakaian kerja suami la, basuh baju la, pasal anak la. Bla bla bla....
Haih meroyan sorang2 la jugak rasanya. Persoalannye, mampukah???? Ini kalau masuk topic duit pulak nak fikir ha lagi takut, hidup single duit spend utk diri sendiri pon rasa macam tak cukup so camne la nak spend utk 2 org dan anak2 after that. Tapi ye kembali la pada apa yg Allah dah jelaskan yg mana perkahwinan itu indah dan suci. Sesungguhnya rezeki bagi mereka yg ikhlas mendirikan rumahtangga kerana Allah banyak ganjaran pahala dan kemanisannya.

Mak dah mula risau pasal anak dye yg sorang ni, asyik question dah ada ke belum. At least kalau dah ada tak la risau sangat walaupun kene tunggu sikit masa lagi. If takde lagi ni la dok pikir bila la nak ada. Alahai mak to old thinking la nk cerita pasal ni, what have passed is passed. Now just follow the flow and I believe there have someone are waiting for me. I've learn from my mistake so I always beware after this. Bukan senang nak trust people and bukak hati ni mak. Sabar okey :)

Dah kenapa la aku ni panjang sangat merapu. Merapu pasal kawen pulak tu. Ini kalo geng kepochi baca tak pon geng bbq baca mau kena bash saje ni haha. Ala biar la, aku terfikir je tau. Jangan anggap pape la. Aku teringin nak write something kat blog ni konon macam nak bagi ade post baru yg di update la haha. Tapi tak tahu topic ape so aku bukak je la pasal benda yg aku terfikir secara tiba2 ni. Kalau nk bukak isu mimpi aku malam tadi lagi bahaya, mau emosi habis la nanti. Pasal dicurangi hahahaha aih pantang betol mak kalau pasal curang ni. Emosi dye memuncak habis. Dah la penat la sebab tu hari ni balik kerja awal, nak rehat.

K hopefully puas hati la aku dapat wrote kat sini. Korg ada yg terasa tak? Haha kalau terasa korg pujuk la hati sendiri, takde masa I nak amik tahu. Sakit hati mak ni pon tak terubat lagi. Dah malas meraban. Babai ;3

Monday, November 18, 2013

Mata tak nak berkompromi...

Lamanya tak update blog pasal hiking. Banyak sungguh cerita yg tak di tulis.
Bukannya tak de masa tapi entah apa la alasan nak bagi, masih pikir.
Cuma sekarang yang aku tahu aku selalu tidur lambat. Lepas tu nanti susah nak bangun pagi, tak tahu ke kena kerja. Hish.
Owh nak bagitahu jugak yg banyak cerita kawin yg aku tak tulis jugak. Nanti la tunggu giliran rajin aku share.
Cerita pasal kawin aku masih tertanya2 bila turn sendiri nak sampai. Hye si pemilik tulang rusuk, penat dah aku bergelar pencuri. Silalah datang tuntut. Haha ape ntah.
Okbai.

Monday, September 30, 2013

Bersalah...

Cerita dye, aku nak tulis kisah pergi hiking gunung brinchang sebenarnya dulu tapi memandangkan rasa bersalah yg teramat mendalam ke pelusuk jantung aku so aku tulis entry pasal ni dulu. Kisahnya semalam aka 29.09.2013 hari konvo akak aku kat pwtc.
 
Memandangkan abah and mak tak dapat datang sebab kaki abah tak pulih lagi dari jatuh hari tu dan 2,2 org abg aku kerja so aku je la yg bertanggungjawab sepenuhnya utk menghadirkan diri ke majlis persindangan convocation akak aku tu and aku pon mmg da janji dgn akak aku yg aku akan dtg walau camne sekalipon aku penat hiking. Memang aku dah set alarm pukul 6 pagi nak bangun siap2 g kl sana. Tapi memandangkan malam tu aku sampai rumah dari balik hiking kat cameron pukul 3 pagi tahu? Aku ni secara umumnye dah 2 hari tak tido, betapa gigih dan gagahnya la aku punya nak sangat g hiking tu. So bila jumpa bantal tu dye punye tak sedar jgn cakap la, itu kalau flat roboh pon aku nyenyak lagi mungkin.
 
Dan memandangkan aku punya tahap kesedaran tu ialah tatkala matahari dah meninggi ke tahap maksima, kol 2 lebih aku baru terbuka matanya. Terus bangun macam kena sengat tebuan, gile jantung kalah berdegup lari pecut. Tengok henpon giler banyak mis kol. Abah, akak, abang n pakcik semua kol aku. Hah?? Gile tak cuak. Terus kol abah and dengan muke sememeh tu terus kena marah, lepas telinga da mendidih dgn amarah abah sambung pulak dgn mak. Aku? Hurm redha sambil air mata da start bertakung.
 
Aku duduk tersandar sambil pikir ape nak kena buat. Menangis tu toksah cakap la serupa kene rotan 800 juta kali. Mesej akak tanye dekat mane sbb nak kol mmg takde nyawa rasenye punye takot tu. Yela kalau aku pon akan terasa yg amat bile konvo kite takde satu pon ahli family yg dtg, aku ni 2 kali konvo dgn anak2 akak aku heret dtg. Ape punya adik la aku ni, kesian akak n abg2 aku.
 
Masa ni aku blur yg ampun sb tak tahu nak mengadu dekat sape. Tengah teresak2 serupa budak kecik menangis tak dapat coklat tu aku terlintas nak kol tiqah je tapi dye pulak ade presentation tym tu. Haih mmg menangis sayu sesorang la sampai petang tu. Pastu tiqah suruh kol balik and baru cakap sepatah 2 kata si rosal kol. Hurm kiranye mengadu pd rosal dlu la sebelum tiqah and kebetulan pon mmg dye tau harini aku patut g konvo akak.
 
So otak pikir nk g mintak maap sambil kata2 dorongan tiqah n rosal so aku dgn tabahnye plan ke kl petang tu nk jumpe akak n mintak maaf, nasib dye belom balik phg lagi. Gigih pegi cari bunga dulu buat ayat memujuk jap lagi. Then terus g kl sama sekali rosal, haha ini sebabnye da janji nak kuar sblm dye terbang ke China 8 hari T__T lamenye...
 
Otw pergi toksah cakap jantung ni rasa mcm hape ntah dah tak peduli sape kat sebelah ni. Tunggu akak depan sogo and bila dye sampai first thing terus capai tangan dye mintak maaf. Drama airmata jugak la kisahnye dekat tepi sogo ni. Tapi dah tak peduli sb tau aku mmg bersalah gile. Drama nye sampai pukol 9 malam la dan settle bab akak dtg pulak rasa bersalah dekat rosal. Dye punye schedule haritu dye kne jumpe 3 janji, aku ni sepatutnye kol 8mlm tp da kidnap dulu kol 6 ptg so huru hara jugak dye punye schedule. Kesian sb kne arrange balik. Lepas tu tak dan pon nak makan ke ape ke, kirenye semata2 teman g jumpa akak je la. Lagi bersalah yg teramat bile janji dye yg kol 9 tu last2 dye cancelkan. Aaaaaaaa ape nazmira dah buat ni.
 
Terdiam sampai ke sudah la hari tu sbb takot kalau cakap pape lagi nanti lagi tambah kesalahan yg ada. Kesian org tu nak ke China lepas tu mesti banyak lagi preparation nak d siapkan malam tu tp aku ni la terjebakkan dye dalam salah aku. Haih sorry kamu...tapi dye as always chill n no probs. Hurmmm. Dan today jap g flight dye da ke sana so selamat berjaya d negara org, do ur best in ur competation. Me? Aaa sedey pulak kne tinggal kah3. Semoga minggu ni cepat berlalu :)
 
Karangan aku ni takde mengambarkan kesedihan aku sgt tp kpd rasa bersalah aku pd 2 insan ni, hurm berdosa sangat2 rasa tapi harap dah di ampunkan lah. Memandangkan kepala otak dah sakit tak tahu la penangan ape so nak cop dulu. Nanti baru aku sambung cerita hiking balik.
 
p/s: post kali ni terkeluar dari landasan outdoor, tertouching kejap.
 
 

Monday, August 12, 2013

2 tahun...

12 August. 
Ye lagi satu perkiraan tapi untuk apa?
Nothing.
Kadang termuncul dalam alam yang bukan realiti.
Untuk diharap atau mengharap?
Tak perlu. Dan jangan perlu.
Betul manusia perlu berpegang pada janji tapi...
Namanya manusia, tiada yang sempurna.
Dia tewas dan mengalah sebelum sempatnya.
Jadi?
Masih perlukah?
Tidak mungkin untuk menidakkan dan tidak mungkin untuk mengiyakan.
Biarkan...
Kerana ade penghujung tersendiri.
Mungkin sudah menghampiri 5 tahun tapi belum tentu dapat menghampiri 3 tahun itu.
Terima kasih untuk kebahagian yang diajari.




Saturday, July 13, 2013

Bukit Larut, Taiping...

05 July 2013 aku, bubu and bojang kumpul dekat shah alam before gerak ke taiping. Supposed ramai yg nak join tapi cancel last minit, ade hal yg tak dapat di elakkan. Btw aku and yg lain mmg da tekad nak jugak pegi hiking before start puasa ni. So kitorg gerak after dinner. Punyelah nak kejar sampai dekat taiping sama dengan timing bas komander pahang kemain laju aku speed ha. Sekali terus kena snap aes, padan muke aku. Haih da 2 kali kena tempat yg same padahal da beware kat area slim river ade aes and entah macam mane tak sedar aku da kat area situ tapi tak reti nak slow. Menyesal tak sudah la sampai ke harini, terus call mak bitau sebab nanti confirm surat sampai kat rumah. Ape lagi mmg takde belas kasihan terus bertalu2 kena marah. Ok fine -__-"

Kitorg gerak 830 and sampai dalam kol 1130 malam, same sampai dengan cikgu and team student kor. Kali ni camping kembara part 2, last week pegi camping gunung senyum dengan senior alumni yg laen. Kemain hyper nak bercamping sebab da lame sgt tak active ni, badan da bam bam jangan cakap la. Diorg malam tu pasang khemah untuk tidur, takde ape aktiviti sangat sebab semua aktiviti start esok pagi. Kitorg and cikgu gerak ke rumah cikgu dekat Taman Kota Indah tidur dekat sana, bahagia dapat tilam.

Oh tempat bermalam komander and student kor dekat area Kuala Sepetang (tempat popular mee udang Mak Jah). Nama tempatnye Pusat Eko Pelajaran Kuala Sepetang. Dekat cni ade chalet penginapan, kemudahan toilet, surau dan dewan untuk camping.

Jeti Kuala Sepetang

Pagi esok jam 8 pagi kitorg gerak ke Bukit Larut berdekatan dengan Zoo Taiping. Sementara tunggu student sampai kitorang melantak breakfast dulu, amboi nasik lemak telur dangdut. Siap la jap lagi nanti, meraban carik toilet. Confirmed!

Naik van Uitm, ok rindu moment dedulu

Sempoi! Lame tak sarap macam ni

Briefing dari komander

Raja Noor Weldan Raja Ismail

Start treking jam 930 pagi, memula kemain la eksaited laju je jalan ke depan. Masuk 30 minit pertama adoi naik sengal urat betis ni ha. Tak di nafikan memang da semput la, fitness entah hilang ke mane penangan lauk pauk kenduri hampir setiap minggu. Ya Rabbi hiking trek tar ni lagi mecabar mental sebenarnye la, sampai kat selekoh tajam yang pacak 75 degree tu sampai rasa tahap nak merangkak je la. Lepas tu boley plak tengok orang lain slumber je naik jip ke atas. Haih sabar je la kan.

Nampak macam rilex je kan? Cube la tengok

Jumpe shortcut terus panjat

2 jam gagah naik jugak and bila da hampir sampai ke puncak memang rase teruja. Cantik bukan main la, ini la ciptaan Tuhan. Tak tipu bahagia tengok view dari atas bukit. Ni la scene paling aku suke bila hiking. Sampai berangan la kalau nak share hidup dengan someone nanti nak buat pre photo-shoot ke ape ke dekat atas gunung hahaha. Abaikan part mengarut ni.

First view

Hilang penat lelah bila tengok view dari tempat tinggi

Merangkak lagi dekat 15 minit untuk sampai ke check point yg pertama. And kagum tetibe ade sign macam ni. Wah kalau hiking trek hutan memang berangan la nak ade signboard macam ni kan.

Tea Garden, ala-ala naik genting dah

Banglo pon ade dekat atas ni, untuk penginapan mugkin

Rehat sebentar

Air bukit rase serupa nak rendam lama2

Sampai jugak dekat puncak

Macam dekat bukit tinggi

Jambatan gantung

Tabik Hairul Azreen

10km atau 1036m dari paras laut

Komander kembara, Acit

I'm proud being a part of Cobra Skuad 

Menara Bukit Larut

Lepas dari puncak Bukit Larut ade lagi trek ke atas, kononnye teruja nak explore sampai betul2 habis trek. Gagah lagi panjat sendiri, tym ni student kor sume rehat je dekat area jambatan gantung tu. Oh masa ni tinggal aku, bubu, najib and acit je. Bojang ntah dekat mane la dye, tunggu tapi dye kat belakang lagi so decide naik je la dulu

Lagi trek ke atas

Naik dalam 15 minit tapi takde ape2 pon and last check point berhenti dekat banglo paling terakhir. Rest 10 minit, kalau terus ke depan lagi juz ade pencawang je la. Patut line penuh kat atas ni. So masa turun jumpe la bojang yang gigih jugak panjat sebab nak kejar kitorg ke atas. Sanggup tu tak berhenti dekat check point budak2 ni rehat. Tapi bila dye tengok kitorg dah turun, amboi frust sampai terbaring ye jang? Haha btw cool la ko.

Pukul 3 lebih kitorg pon gerak turun ke bawah semula, masa ni aku and acit berlari turun. Amboi kaki dye panjang kemain, sakit jari aku ni menahan badan nak turun. Tapi ade cerita di sini yang ehh malas la nak cerita haha. Biar kami2 je tahu.

Sampai dekat bawah and tunggu student kor sampai, lame jugak menunggu sampai rase nak tertidur la. Tambah pulak hujan lebat bukan main, kasihan mesti kuyup teruk bebudak ni. Lepas makan, Nik Khalid datang and kitorg pi pekena mee udang mak jah. Haih sedap!


Malam tu dan2 badan rase nak demam. Alahai lemah lagi bila kepala sakit gile. Telan ubat and rehat, tak mandi pon dekat pool tu sebab sejuk sangat. Malam ni cikgu buat bbq and ade kerang rebus lagi. Mewah betul camping student kor sekarang, kalau dulu makan ikan jaket je itupon lepas kene perah keringat segala bagai. Haih sedih!

Coronation Swimming Pool

Balik rumah cikgu terus tidur and flat rase. Esok pagi dah nak gerak balik kl la memasing. Tapi pegi lepak2 dekat jusco Kinta City dulu. Petang jugak la baru balik ke kl tu ha. Overall camping rilex je takde pon stress macam zaman dedulu tu. Untung la student sekarang ni ha. Next camping part 1 tym bulan puasa, 4 weeks berturut2. Perghhh gigih la korang nak handle. After raya gunung tebu and gunung angsi. Alumni please take note kalau rase nak buang lemak2 ketupat dan rendang. Lets join them :)


14 May 2013..

Thank you for those yg da celebrated my birthday diz year. Juz can appreciate uolz dengan up kan post ni on my blog supaya next tym I can read n remind all the memories that day. Even tak dapat celebrated my day dengan family but still have them yg tak jemu2 layan kerenah I yg mengada2 ni hahaha. Love uolz muahhh <3

12am on 14 May 2013 mesej bertalu2 masuk dekat whatsapp, inbox, fb, tuiter n segala bagai. 1st person yg wish my lovely sister, thank you dear Nazira Abdul Talib then my bff Nur Atiqah Mat Marzuki. Lepas tu da tak ingat sape sebab ramai pulak anta dalam masa yg sama. Hehehehe

Pergi office dapat ni atas meja, ihiks *malu tutup muka*


Terima kasih my SCFC team for the wishes from u guys. I thought no celebration for me coz masa ni nga bz dengan audit dari KPMG, macam ribut opis tu ha. But lets see what happened after dat :)

Rainbow cake

A happy birthday gulz

One of may favourite laksa

After habis kerja I kena booked dgn my lovely buddies, si kembar Mariana & Mariati. Diorang bawak g steamboat dekat Kg Melayu Subang, wah ingat dekat subang tu je tapi jauh gak perjalanan.

Si kembar Marian & Mariati

My besday cake dat nite

Wish Allah always bless me and gv a lot happiness in my life

Yahooo 24 years old already

Island Bbq, Kampung Melayu Subang

On the next day dapat lagi hehe, from Rosal Aizuddin. Ihiks! Malam tu dye bawak pergi Strawberry Field Cafe, I tak tau dekat mane but around PJ jugak, I ikot je hehehe.

Ini tempatnye :)

 Butter cream chicken rice suggested from him

His choice, forget ape nama but something like spaghetti with cheese

And unplanned, kitorg ke dip n dip dekat bangsar pulak. Kali ni aidil pon ade sekali. For the second time we're going together and the same menu we ordered, tak jemu! Sedap baq hang. 

Awesome dessert are here

One of their signature dessert, triple chocolate crepe. It was heavenly!

Thank you Rosal.

On the weekend nye I jumpe sayang2 I. Oh bahagianye la, dat tym Atiqah the only bff yg sentiasa ade suka dan duka. Almost 7 years together and makin hari makin akrab and bertambah sayang. She is the understanding gulz and always suppport me in what I'm doing. I love u dear :)

Cubit peha kanan, peha kiri jua terasa. She and me :)

Baskin robbin cake for me. Auww :)

Thank you kawan

Pady pon ade and tak lupe jugak zikri aka bf tiqah

Last minit minah ni pon dtg tanpa ditemani husband

After dat we ended our day dengan lepaking with Rosal, Aidil, Zikri, Tiqah, Pady, Ika and Rean. Complete day. Happy :)

P/s: Abaikan segala typo or grammar. Posted 2 hours before berbuka puasa. So paham2 macam mane lapar dye bile tengok segala pictures dekat atas tu.


Tahniah Kawan...

Post ni sepatutnye da lame nak buat tapi takde masa la pulak sekarang nak bukak lappy, nak update by phone mmg lagi malas. Bulan 4,5 and 6 mmg bulan memenuhi undangan penyatuan hati mereka yg dah sampai jodohnye. Hampir setiap weekend tym ni kejenye pergi makan kenduri je dan sesi menjawab soklan "awak tu bila lagi?" Haih jawapannye bila da sampai jodoh, tu je la. Btw nak wish congrats dekat all my frenz yg dah bertukar status kepada husband and wife serta tunangan orang. Moga kalian bahagia selama-lamanya.

Raihan & Ika..




Lutfi & Fateen..





Shah & Aiza..



Aidil & Fiffy..