Wednesday, March 20, 2013

Sungai Chilling...

Haih story kali ni banyak gileee dugaan yg memang menguji tahap kecekalan hati. Planning asal gunung irau, cameron. Naik 8 orang, 3 laki 5 pompuan dan gerak 2 kereta. Plan ni dah lama dari bulan february lagi dok pikir nak book date mane yg semua boley involve tapi biasa la manusia memang pandai merancanf tapi Tuhan lagi perfect untuk menentukan. Sepatutnya gerak hari sabtu malam sebab Fiqah keje lagi siang sabtu tu tapi last minit 3 orang cancel hari jumaat malam. Kereta tak cukup nak gerak so pikir macam2 solution tak juga berjaya. Allah tak izinkan. 1 lagi sebab cancel ialah nak gerak ke cameron malam tapi yg still nak pergi semua pompuan. So berbahaya.

Hari sabtu pagi memasing kuciwa sebab mind set da set yg weekend tym for hiking. Bercampur kesangapan memasing yg dah lame jugak la simpan lemak2 tepu dalam badan ni. Aku, Biskot and Intan still tak putus asa plan carik tempat hiking yg dekat2. Gugle punye gugle jumpe la pasal bukit kutu dekat KKB and aku pon penah dengar pasal tu, tak silap hiking 4,5 jam jugak so kira okey la tu kan. Decided pegi situ gerak amik Fiqah kol 3 pagi ahad and sampai kat puncak amik Intan lebih kurang 4 pagi.

Teruskan perjalanan ke starting point bukit kutu dengan bantuan encik gps aku. Alhamdulillah sampai jam 5.55 pagi ke perkampungan orang asli (Kg Perdak). Niat nak rikki tempat car park ape semua sekali tetibe kitorg bertembung dengan puak asli yg tengah berpesta macam joget lambak, siap mabuk bagai and kereta aku kene aimed. Ade la gak asli yg 2,3 kali round kat kitorg bikin lagi cuak. Tym tu kelam kabut semua suruh aku undur kereta, dah la jalannye kecik and gelap sumpah memang take tym la aku nak mengundur kereta sepanjang jalan tu tare nak sampai keluar. Aku plak dok riso tegilis asli yg tengah mabuk baring kat jalan tu. Part ni mmg scary, jantung gugur berserpih-serpih.

Kaki aku gigil tekan minyak, kitorg terus ke masjid terdekat pegi solat subuh dulu. Lepas tu aku tanye mak cik pak cik dekat situ pasal bukit tu and diorg cakap kampung tu memang 'keras' sikit dan kalo nak naik bukit tu selalu memang orang naik dari situ tapi biasanya ade guide and naik ramai2. Ni kitorg nak redah 4 orang je lepas tu perempuan pulak tu. Mungkin takde pape tapi bile otak pikir negative cuak gak kot2 orang asli tu apa2kan kereta aku tym parking kat bawah tu or dye sekat kitorg tengah2 hutan tu. Tak naiya ke, dah la semua perempuan and tu memang tempat dye. Pak cik tu polis and dye pon tak benarkan ktorang naik sendirian tanpa guide. So plan B jua cancel.

Kami g lepak kat mamak jap pekena roti canai. Hampa kali kedua. Hati terpecah2 macam kaca, gile tak sedey sebab dah sampai kat starting point tapi tak ley teruskan. Tapi bersyukur sebab Tuhan dah bagi petunjuk awal2, mungkin kalo diteruskan tanpa tahu apa2 lebih bahaya kan. Untuk pujuk hati yang lara ni kitorg decided pergi sg chiling memandangkan tak la jauh mane pon dari bukit kutu tu.

Otw ke sana lalu dam sungai klang ea? Ke ape ntah nama tempat dye, cun jugak. Posing amik gambo je sekejap den terus gerak g chilling. Guide tu bagitau ade 2 trek nak ke air terjun chilling, trek A kena trekking 40 minit redah 5 anak sungai paras pinggang dan trek B hiking 3 jam. Kami nak amik trek B tapi kene gune guide plak bayar rm150. Alahai cancel, so pilih trek A redah sungai, 40 minit pon jadi la asalkan dapat trekking hutan. Oh guide tu pon cakap boley naik bukit kutu dari sini tapi upah guide diorang. Hiking memakan masa 5,6 jam.

Trekking cross river ni best jugak upenye, selalu naik gunung je tak penah plak nak redah2 bagai ni. New experiences we gained. Kat situ banyak gile ikan kelah besar2 tapi tu diorang ternak and di larang memancing. So after 40 minutes kitorg sampai, air terjun cantik and not bad. Kami sampai agak awal la sebab tu tak ramai orang lagi, mandi2 and masak megi telur kat situ den orang dah start ramai. So kol 1 camtu kitorg turun, mandi2 dekat base camp bawah tu den balik. Alahai tu jeee tapi boley la dari tak buat ape kan. Next tym carik tempat lagi. Balik tu pekena tom yum kung secret, pergh mewah!

 dam sungai klang kot namenye

 map ke waterfall

 menu wajib meggi kari

 4 yang gigih

chilling waterfall

P/s: maleh nak upload gambo banyak2 kat sini, tenet gaya siput babi baru belajar bejalan. Layan gambo lain dekat sini .:trekking sg chilling:.


2 comments:

  1. best gila korang.. kalau rajin hiking, dan update blog selalu, boleh dapat award tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke macam tu? Haha saya ni menulis blog pon tak pandai, da la blog tak pemes mmg takdenye la nk dapat award pape. Mohon tunjuk ajar.

      Delete