Monday, December 31, 2012

Half from them ~ 2012..

Ohoho!
Today is the last day for 2012 and I'm still in life.
Thank God.
I hv a lot of memories either bad or good.
Many lessons learned in 2012.
One thing that I got, I can't ever trust a person much than I trust myself.
Why?
Because no one will love me as much as I do.

By the way, 

I was lucky to hv many frenz who also love me.
And I love uolls too.
They gave me a color to paint my drawing of life.
Up and down, all the awesome frenz were there.


Money and calculator?
Accountancy's frenz (diploma and bachelor)














A part of my heart since diploma.
Komander's frenz










New adventure gang and "gila-gila" frenz







Lepaking and santaiking frenz





Thank to all of u. I give a star to our friendship.
May Allah bless us together.
Insha Allah.





Wednesday, December 26, 2012

Matang..

Hoi! Eh salam!! Erm erm benanye aku nak cakap apasal dunia sekarang cepat je ea mase berlalu. Dia berlari pecut ea? Kemain sekejap cerah sekejap gelap and sedo2 dah last week of 2012 weyh. Ape cer? Matlamat and azam 2012 da tercapai belom? Haa aku ade yang da tercapai ade yang belom. Yang da tercapai aku berjaya konvo, dapat kerja and beli asset pertama. Yang belom capai lagi tu nak jadi matang. Haha macam bebudak lagi otak ni berpikir.

Apasal aku cakap camtu? Sebab sesikit sampai timing dye, otak suh hati yang pikir. Kalo suh hati yang pikir tau nak menyakitkan hati je. Nampak beno hati ni banyak bintik2 hitam. Haih aku rasa nak operate hati ni pastu basuh dengan air zam-zam. Kasik bersih sikit. Haha sengal.

Takpela at least 2012 aku dah start bina hidup aku sendiri and tak payah nak menyusahkan duet mak bapak lagi. Cuma takkan termampu nak bayar pengorbanan diorng tu la. Tapi alhamdulillah. Syukur jugak sebab 2012 buat hidup aku lagi rapat dengan family sebab sebelum ni tym belaja dok ke hulu ke hilir tak berhenti. Orang bizi la konon kat uitm tu. Phui! Tapi sekarang asal aku free je weekend mesti start enjin kereta balik kampung. Syookkk!!

So aku nak build azam untuk next year pulak, biar jadi solehah dari sekarang. Kene pikir kutip bekalan akhirat jugak weyh. Kalo Tuhan bagi nyawa lagi itu bukan untuk buat azam dunia je kena buat azam akhirat jugak. Mati tak tau bila. Surprise! So lebih baik get ready setiap masa. Amboi! Seram pulak cite pasal mati2 ni yelah sebab bekalan ni tak penah nak cukup lagi kan. *insaf*


Wednesday, November 21, 2012

Kuat..

Ok tadi siang macam bingung kan. So da malam ni banyak munasabah diri balik, cari orang2 yang boley bagi pendapat dan nasihat, mintak pandangan ibu, pikir jalan terbaik dan ape yang aku buat ni adalah untuk aku jadi lagi kuat and terima kenyataan. Dulu aku tangguh2kan untuk buat tapi kali ni kena jugak nekad even dalam keadaan terpaksa. Moga terbaik untuk aku dan semua. Remove!

Bingung..

Aku bingung dengan keadaan diri sendiri. Tah kenapa susah sangat lah nak belajar terima kenyataan yang pedih? Bongok tak? Senang je cakap bile terime dugaan hati kena kuat, tapi bila hati dah kuat tetibe ade pulak satu perkara berkaitan yang datang hentam hati kite balik. Ingat tak remuk ke? Aku dah lari sejauh yang mungkin tapi kesakitan tu datang kejar aku balik. Kenapa? Cukup2 lah, hati inginkan ketenteraman. Mohon sedar.

Thursday, November 1, 2012

November lagi..

Kenapa tajuk entry ni macam ni? Entah, maybe sebab hari ni hari permulaan untuk bulan ni la kot. Ape nak jadi pulak untuk bulan ni? Entah, aku sendiri pon mane la nak tahu. Ape pon la aku harap bulan ni cepat berlalu. Kenapa? Entah, aku pon tak pasti tapi itu yang aku nak. Tak paham? Entah, aku lagi tak paham. Haha mengarut tak? Tak de input langsung kan. Biar la aku mengarut pon yang pasti aku kena tulis entry tentang ni walaupun aku tak tau nak karang ape mende. 

Bulan ni bakal jadi bulan aku nak planning utk masa depan aku. Ha ayat macam la gempak sgt padahal ala rilex jela, takde mende pon. Tapi mohon doa la kan supaya sume berjalan lancar. Banyak matlamat yang aku kejar ni, entah mampu ke tak la nanti ni. Tapi harap2 menjadi la sumenye. Amin

Tengah bulan ni ade tarikh yg aku tak pernah lupe pon tapi aku nak buat2 lupe la, itu pon kalo aku mampu la. Bile? Em ade la dalam belas-belas. Lagi satu tarikh beberapa ari je lepas tarikh yang ni. Bile? Dalam puluh-puluh la. Kenapa aku ingat? Entah la, dulu sebab ade meaning tapi itu dulu jela. Merepek? Ok jom abaikan. 

Sebagai kesimpulan, entry ni pening dan buat kite tak paham. Jadah sangat takde motif nak type tapi tangan nak gak update blog. Jadi sekarang aku dah lapo. Sekian


Thursday, October 25, 2012

Peristiwa, kelebihan berpuasa dan amalan 10 hari pertama Zulhijjah..

BULAN Zulhijjah, khususnya 10 hari awalnya, adalah peluang kedua selepas Ramadan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredaan serta keampunan Allah SWT selain daripada pahala amalan. Dikongsikan peristiwa 1-10 Zulhijjah serta ganjaran berpuasa dan amalan2nya.

1 Zulhijjah
Peristiwa: Hari Allah mengampuni Nabi Adam di Arafah. 
Ganjaran berpuasa: Sesiapa yang berpuasa pada hari ini, Allah mengampuni dosanya. 

2 Zulhijjah
Peristiwa: Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun.
Ganjaran berpuasa: Sesiapa berpuasa pada hari ini, maka seperti orang yang beribadah dan berpuasa setahun tanpa melakukan maksiat.

3 Zulhijjah
Peristiwa: Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah.
Ganjaran berpuasa: Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.

4 Zulhijjah
Peristiwa:  Nabi Isa dilahirkan. 
Ganjaran berpuasa: Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahan, kemelaratan dan kefakirannya pada hari kiamat bersama orang yang baik dan mulia

5 Zulhijjah
Peristiwa: Nabi Musa dilahirkan & memuliakan munajatnya. 
Ganjaran berpuasa: Sesiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik & seksa kubur. 

6 Zulhijjah
Peristiwa: Allah membuka pintyu kebajikan bagi nabi-nabiNya.
Ganjaran berpuasa: Sesiapa berpuasa pada hari itu akan dipandang Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta tidak akan diazab. 

7 Zulhijjah
Peristiwa: Pintu Neraka Jahanam akan dikunci dan tidak dibuka sebelum berakhir hari ke-10 Zulhijjah.
Ganjaran berpuasa: Sesiapa berpuasa pada hari ini, Allah menghindarkannya daripada 30 pintu kemelaratan serta membuka 30 pintu kemudahan

8 Zulhijjah
Peristiwa: Hari ini dinamakan “Tarwiyah” (hari berfikir-fikir). Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari Syaitan.
Ganjaran berpuasa: Sesiapa berpuasa pada hari itu ia akan akan mendapat pahala yang tidak terhingga banyaknya. Hanya Allah yang mengetahui.

9 Zulhijjah
Peristiwa: Hari ini dinamakan “Hari Arafah” (Hari tahu). Arafah bermakna tahu atau memahami.
Di tempat inilah Nabi Adam AS mengerti jati dirinya. Pada hari ini Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu adalah perintah dari-Nya bukan dari syaitan. Pada hari ini juga turunnya ayat al-Quran terakhir

Ganjaran berpuasa: Sesiapa berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. 

10 Zulhijjah
Peristiwa: Hari Raya Aidiladha, dinamakan juga Raya Korban dan hari “Nahar” (menyembelih). Sesiapa berkorban dengan satu korban, maka setiap titisan darah yang mengalir, Allah akan mengampuni semua dosanya. Dan sesiapa memberi makan orang mukmin, maka Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dengan selamat serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yg terdapat di Madinah


Beberapa amalan digalakkan untuk sepanjang 10 hari terawal Zulhijjah yang diketahui sangat besar pahalanya, seperti

1. Berzikir
2. Berpuasa
3. Melakukan amalan bersedekah, membaca al-Quran, solat sunat dan lain-lain. 
4. Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih teragak-agak dan menangguhnya.
5. Bertakbir.
6. Melakukan sembelihan korban.



Wallahu'alam..


#sumber 
https://twitter.com/AsyrafZabani
http://akumimi88.blogspot.com/2012/10/kelebihan-berpuasa-1-9-dzulhijjah.html
http://dirihamba.blogspot.com/2012/10/kelebihan-10-hari-pertama-zulhijjah.html 

Monday, October 22, 2012

Kembali..

Hati ini kan terasa sepi
Tanpa senyuman indah yang meruntumkan jiwa
Jadi kelam dunia bila kau menjauh

Bukan cinta membahagiakan

Hanya keihklasan di dalam hati mu
Untuk merasakan ikatan hati kita

Ku ingin kau berada disisi ku

Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini

Cinta kau berikanlah kekuatan

untuk meniti cubaan dari mu
Semoga hari kami kembali menyinari
Jalan ini

Ku ingin kau berada disisi ku

Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini

Cinta berikanlah kekuatan

Untuk meniti cubaan dari mu
Semoga hari kami kembali menyinari jalan ini


Tuesday, October 16, 2012

Awesome trip awesome people awesome experience..

Aku baru lepas baca blog ika, dye dah update pasal trip kitorg last week. Gelak pecah perot aku ni ha. Abiz sume mende dye dah cite, aku pon jadi tak tau nak tulis ape kt blog usang ni. Takpe la dye dok cite seronok dye kn so meh aku cite perasaan naluri dalaman aku plak.

Idea ni terbit dari minda ika. Dye tetibe post link sal Jeram Besu kat chat fb aku. Dye ajak p sini sb ade 4wd challenges. Aku pon terus on memandangkan tahap kesangapan aku utk outdoor dah menggunung everest dah. Aku ingat dye nak arrange, sekali dye suh aku sb kat opis aku paling takde keje. Amboih! Sesuke je. Plan ni start dari ujung bulan september, dok pike nak carik org sape la nak join mende2 lasak ni, ade ke idok la. Last2 sampai seminggu sebelom pegi dapat pungut 9 orang total. Cun baru ramai sikit and pegi 2 bijik kete.

Aku beria dok bukak chat group invite 9 org ni sebab senang nak update pape kan. Mane yg personnel sikit aku bbm jela, untung sebab sume ade BB. Aku set nak gerak kol 8 dari gombak sebab target sampai kena 10.30 plg lewat. Ah malam tu memasing tido lewat pulak, biase la ade pulak yg pegi tengok bola kat s.alam. Aku pulak dok bizi ke bende laen hari jumaat tu. Tak menang kaki tangan la. Last2 pukul 8.30 baru gerak. Si pemandu waja ni tak tahu jalan, ah ingat aku tau ke tapi gasak aku ikot je direction yg guide tu bagi. Kalut beb bawak sebab aku dok pike Raub ni kena masuk ulu gile mau makan 3 jam jugak. Sekali kol 10 dah sampai haha. Imaging la ribut cmne aku and Rosal bawak. Si amoi cina yg amik kitorg dekat bandar utk guide masuk ke tempatnye tu pon terkejut bila tau perjalanan kitorg juz sejam setengah je. Haha harap tak dapat surat cinta pak polis.

Dari bandar ke basecamp tu dalam 20 minit, get ready tuka baju and prepare barang ape sume. Kol 11, 2 bijik jip 4wd gerak masuk. Jip yg aku naik dihuni gadis2 ayu kat belakang, aku tiqah pady and lyd. Adi kena dok depan jd co pilot. Lagi 1 jip disumbatnye ika bersama raksasa2 rean, aidil and rosal. Haha no space allowed. Sian. Hujan turut menemani perjalanan kitorg and menambah keadventuran trek dye. Pergh badan kena hentak2 dengan palang besi rasa macam segala tulang temulang dah kemek2.  Trek dye gile baban la wa cakap lu. Kelongkangan laluan tayar tu dah macam parit tali air ha punye dalam, kalo buat sungai tu, ikan2 pon boley idop. Aku mmg kagum batak la tengok uncle ni bwk 4wd tu, kalo bagi aku mau tumbang terbalik golek2 la jip tu. 40 minit duduk atas jip tu macam rasa 40 jam woi. Dok pike bile nak sampai, dah macam kena seksaan pukulan dunia. Dosa byk ngat ni. 

4wd tak dapat anta sampai dalam sb ade pokok tumbang so kena trekking dalam 200m. Ah tym ni sebijik macam misi bantuan kemanusiaan. Masing2 dok galas ape jadah barang yg dah sumbat masuk dlm plastik sampah sb tak nak barang2 tu basah.  Mata lega sekejap bile terpandang air terjun Lata Berembun, pergh dye punye sejuk terasa terus menusuk ke kalbu. Belom turun celup kaki lagi tu. Kitorg terus get ready prepare makan sb for sure kalo terjun ni bile naek perot mesti bekeroncong. Aku ni dok la ketuk2 arang bagi kecik2 sb nak jadikan bara bbq. Toleh2 belakang cet sume dah pakat p terjun. Hampeh. Gigih aku idopkan api ni ha pastu tak lame ika pon naek tolong. Ha sebut sal ika aku takleh lupe kejadian prraaakk dye tu tapi takpe la maleh aku cite. Berdose je rase haha. Diorg ni agak2 sume dah beku tau pon naek, ha belapar memasing. Sumbat la dulu bihun bujang aku goreng kol 6 pg td tu dengan nasik yg guide ni bekalkan.

Lame gak nak merasa ayam madu cekononnye tapi salah beli bahan tah tak tahu jadi ayam ape. Masok perot kenyang je tapi pedas dye memasing jelir2 lidah kau. Haha dah gune serbuk cili bekarung memangla. Tak cukup tu masak plak megi, tym ni ujan tengah lebat ha amik da gaye dok negeri salji tu ha. Megi panas2 mmg diperlukan diketika ini. Muke masing2 pucat lesi tunggu megi and ade yg dok membaka diri dekat api bbq tu. Nasib ade tenaga api utk panaskan badan kalo tak hah bepelok le sesama sendiri. Bile part perot dah settle di isi, terus kemas barang and terjun for d last tym. Sbb masa ni dah dekal kol 3 dah so kena la pike nak balik. Nak berendam kat air terjun lepas hujan ah cantik kau. Sejokk siot. Gigil2 kau memasing dah macam parkinson pon ye. Maen pulak selam2 tapi sume looser, menipu. Napas pendek.

Dalam pukol 4 kitorg sekali lagi nek 4wd and melalu trek yg macam haram jadah tu. Oi tunggang tungging jeritan langsuir sume kelua lagi la. Bontot tu mmg tak sempat nak melekat dekat seat pon. Yg si lyd steady je berdiri siap makan coklat lagi. Amboi kite ni takde tempat nak berpaut dah. Tapi untung sikit jip kitorg sebab dok blkg jip lg 1. Kalo ade kayu dahan lalang bagai org depan kena dulu. Kire ktorg dapat hint la nak standby. Masa ni gambo pon tah pakai snap, ape yg kua tu redho je. Takde masa nak posing2 bagai. Jip depan gua tak tau sketsa ape yg diorg buat.

Sampai dekat bawah dalam kol 4 lebih kot so mandi wangi2 dulu. Toilet ade 1 bilik je, tu la laki tu la pompuan. So bapak2 ni kena la bagi mak2 ni mandi dulu. Tabah diorg menunggu giliran. Jangan dilupe tym ni sile periksa kaki kot2 pacat sekalian alam ikot balik. Kaki aku tak kena even aku pakai sandle capai je pon. Haha pacat takot dgn kaki aku kot. Sume dok bercerita happy gile dgn trip kali ni and siap dah plan next trip buat pegi tempat laen pulak. Terus. Haha. Dalam kol 6 lbh kitorg gerak balik la. Rosal aidil ika and rean gerak ke kl terus. Aku and yg laen pegi hanta tiqah ke jengka sekali merasa kaprau dan platu. Ah ika ko tak payah nak jeles sb ko pon dapat bege baka. Alang2 dah kat jengka aku pon singgah balik umah sat. Kol 11 kitorg balik kl semula. Penat weh, nasib balik adi and pady drive. Aku dah tak sedar ape.

To be serious ni pon new experience even aku ade la merase outdoor sebelom ni. Tp ni mmg best sumpah tak tipu. Dapat pulak otak2 macam korg and aku enjoy gile. Next trip pasti menjadi, kite takde la nak challenges sgt. Rilex dulu. Buat naik bukit pon care je kalo kite pandai plan. Aidil sile jalankan tugas anda, memasing dah excited. Orang yg nga semangat ni kite kena cepat takut t semangat tu hilang.

prepare barang

one of tenggiling

geng baru neh

ah tym ni hoyeah la lagi, tunggu sikit lagi

 Berembun waterfall

 tiqah, lyd, aku & pady

 gigih hidopkan api

 bako ayam madu cekononnye

senyuman palsu, jeles oi diorang dah berendam dulu

 nyum2

 maggie masak gune camp stove

 pura2 tahan sejuk 

hoyeah!

phui

 happy gile 

 9 of us hekhok!

 yawn

ni otw balik, sekali lagi

 trek tapi ni tak mbunuh sgt, yg mbunuh tak sempat snap

 trek licin and banyak lalang2

 laluan taya 4wd

 diorang nga berskesta ape tah tym ni

 laluan cerun bukit 

 rean pye spek dah arwah sebelah

 hoi hoi

 best sumpah tak tipu

 adil and rosal, new geng

 uncle yg awesome