Sunday, February 3, 2013

Persoalan Gunung Bunga Buah..

24 Januari 2013


Actually planning nak pergi gunung bunga buah ni aku rancang nak pegi 26hb Jan hari sabtu sebab aku cuti tapi aku lupe pulak yang 24hb Jan ni pon hari cuti Maulidul Rasul. Aku decide tukar tarikh ni masa lepak dengan geng yang pergi broga. Gunung bunga buah ni terletak di Gohtong Jaya, Genting Highland. So yang pegi trip kali ni aku, fiqah, intan, skin, aizat dan bojang (kagum sekejap bojang sanggup join). Haha

Aku pickup fiqah jam 1.30am dekat rumah dye lepas tu jumpa dengan yang lain dekat shell sekyen 7. Pepagi jadi masalah sebab si aizat ni call beratus juta kali tapi tak diangkat. Tido mati barangkali so kitorg decided pegi gegah kat umah dye, nasib aku tau rumah dye dekat mane. Dah jadi kerja la pepagi pegi ketok rumah orang. Nasib ada si bojang so dye la yang masok ke rumah aizat.

So dalam pukul 3am kitorg gerak ke genting, konvoi 2 kete. Mula2 ktorg singgah dekat RnR Genting Sempah lepas tu dalam pukul 5am macam tu kitorg buat laporan dekat balai polis Gohtong bagitahu nak naik gunung. Lepas bagi senarai nama dan ic ktorg lepak dekat surau tunggu subuh sambil rehat2. Jam 7.30am kami gerak pegi breakfast dekat Sajian Dan's di awana cable car.


8 lebih kami mulakan preparation mendaki

kami park kete berdekatan dengan kedai makan cina

ini permulaan jalan, Inti College GH

berhadapan Inti College, kebun sayur

Penghujung jalan tar Inti College tadi ade kedai/rumah cina dan kebun sayur persendirian. Amik jalan sebelah kiri dan ada trek ke starting point pendakian. Memandangkan ianya hak milik persendirian maka perlulah mendapatkan keizinan pemilik terlebih dahulu.

trek yang dimaksudkan

pendakian bermula di trek ini, terus cecah 80 darjah

Mental sedang di gasak ketika ini disebabkan permulaan pendakian terus 80 darjah (memang buat teringat kisah gunung tebu dan gunung stong). Ditambah dengan trek yang agak lembab dan licin so pendaki perlu berhati2. Trek 80 darjah, licin dan berselut memakan masa lebih kurang 30-40 minit dan akhirnya akan keluar dekat jalan tar lama.

lorong pendakian tadi tamat di sini dan akan jumpa jalan tar lama

take 10 sekejap dan ketika ini kasut aku dah mula nazak

tak tahu la kenapa excited sangat begambo dgn bendera padahal belom sampai puncak lagi

next trek dye juz lalu jalan tar macam ni

agak scary kan sebab dah lama orang tak hiking sini

Jalan tar tu adalah jalan tar lama laluan genting suatu masa dulu. Kami teruskan sehingga di peghujung jalan tar yang mana ada persimpangan 3. Decided amik kanan dulu sebab ianya seperti mendaki berbanding belah kiri yang mana seperti menurun.

danger area

depan sikit dari danger area, last2 ini yang kami jumpa

patah balik

Haiyak! Private property la pulak,siap bermangga bagai. Dah macam mana nak teruskannye. So call brother yang dah penah naik sini tanya macam mana. Dye suruh lalu trek belah kiri yang dekat simpang 3 tadi. Ok patah balik then masuk trek yang macam menurun tu. Trek tu mudah je sebab mendatar tapi lalang kiri kanan. Dan yang meyakinkan trek tu ada caution tape so betol lah tu.

ni lah trek dye, lalang kiri kanan

lepas laluan lalang trek dye hutan macam ni je, senang kan

kasut aku dah rabak, ikat dengan caution tape untuk terus bertahan

Lebih kurang sejam menyusur trek ni kitorg sampai dekat satu kawasan lapang yang boley tengok view genting tapi memandangkan hari tu kabus tebal bukan main so tak nampak apa pon. Haha

ala-ala jendela pandang la ni

kabus tebal

pacat yang sangat mesra alam, bukan setakat kaki muka tapi dalam baju pon ada

rehat2 dan amik napas dulu, bojang dah mula injured. Sebaldi cream panas dye sapu kat kaki

Lebih kurang 15 minit rehat dan bergambar dekat 'jendela pandang' tu kami teruskan perjalanan menyusuri trek yang bertanda dengan caution tape sedia ada. Perjalanan mudah kerana kebanyakannya mendatar sahaja cuma beware la kalo2 terasa gatal tu sebab pacat dan lintah sangat lah banyak memandangkan cuaca yang lembab.

trek mudah

jumpa plak tembok macam ni dalam hutan

tanah runtuh

Okey setelah dekat 40 minit kami redah trek yang melandai je akhirnya kami jumpa signage GBB (gunung bunga buah). Bermula dari sini trek memang banyak mendaki untuk ke puncak dan hutannya cantik ala2 hutan twilight gitu. Jalan dye mostly pijak atas akar2 kayu dan lumut2 yang tebal bukan atas tanah or tar lagi. Lembut!

6 of us

hutan yang cantik

pokok daun merah

ikot caution tape, trek menurun pulak tetiba. Hairan!

Dekat sini persoalan mula timbul. Lepas lalu hutan twiligt tu kitorg agak pelik sebab kenapa trek mula menurun tapi kalo ikotkan caution tape masih ada. Lastly caution tape mati dekat satu simpang 3. Tapi kami yakin kami belom sampai di puncak yang sepatutnya. Even caution tape dah takde kami decided teruskan memandangkan treknye ada. Amik jalan ke kanan lalu semak samun dan lalang2. Trek dye macam gambar bawah ni.

simpang 3 yang ada pokok2 tebu

sekali lagi tanah runtuh

Lebih kurang jam 1.30pm dimana setelah sejam menyusuri trek lepas simpang 3 kami kami temui paip air. Musykil sebab kami seperti menurun dan was2 sebab lagsung takde caution tape. Call lagi brother yg penah naik and dye cakap dye tak penah jumpe jalan yg kami lalu tu. Ok salah jalan la ni! So nak tak nak kitorg pon patah balik cari last caution tape. Berjalan lah lagi sekali, masa ni hati dah teruji sebab kaki aku dah membeku, kasut semakin nak arwah. Bojang pon da injured kaki. Sokey tetap hati nak cari puncak jugak. Sejam berjalan sampailah ktorg dekat puncak yang daun2 merah tu.

Semua rehat dan bincang apa yg patut kitorg buat, menurut brother tu tak jauh dari puncak kami sekarang lebih kurang 15-20 minit kami akan jumpa lorong yang akan terus mendaki melalui batu2 macam bukit tabur dan akan sampai ke puncak. Tapi kami tak jumpa pon, 6 orang kot tapi sorang pon tak nampak. Hairan dan pelik! Aku dan fiqah amik keputusan nak carik jugak trek tu. Kamon la kami da sampai nak sampai kot cuma kena jumpe dengan lorong mendaki tu je. Yang lain kami suruh rehat dulu dekat 'puncak' tadi dan masak2 memandangkan jam ketika itu dah 2 lebih. Sementara aku dan fiqah lagi sekali turun trek menghala ke last caution tape untuk cari lorong yang dimaksudkan. Buntu! Jawapannya tetap sama, kami gagal temui. 

Tekanan rasa sebab kami tak jumpa lorong tu, pikir positif mungkin Allah tak izinkan kami ke puncak sebab Dia lebih mengetahui. Takde rezeki so aku dan fiqah decided untuk pergi balik kat members yang lain. Makan dan solat dekat puncak daun merah tu. Kami bukan give up tapi pasrah jela memandangkan jam dah dekat 3 lebih so takkan la nak tunggu sedangkan cuaca juga da mula suram. Kami pulak takde prepare pape barang bermalam.

makan tengahari, menu biasa meggi kari

cari arah kiblat

kaki dah kecut dan digigit pacat

perkakas masak dan solat

solat dan rehat

wind breaker wajib dan bendera malaysia

malaysia boleh!

nampak epal tu? memang aku niat nak makan atas puncak and yes i am apple girl

kami di 'puncak daun merah'

Ok memasing sebulat suara untuk pasrah dan redha untuk trip kali ini. Memang bukan rezeki kami untuk berada di puncak sebenar. No need to worries guys, next trip kite pegi yang lebih tepat. Lagipon gunung ni dah lame orang tak hiking, last blog2 yang kitorg baca pon tahun 2010 or 2011 je. So mungkin kami la yang agak gila tetiba nak hiking dekat sini, bila dah balik rumah dipikir2 balik agak scary la jugak cerita kali ni. Haha gamble je memasing naik kat tempat yang orang dah tak naik ni. Pergh kental je jiwa aku ni dah la dok depan sekali. Berani jugak aku ni buat2 confident je naik kali ni.

Kitorg turun dalam 2 jam, biasa la kalo hiking ni mendaki lagi lama dari menurun cuma special case je penah berlaku time hiking gunung ayam, kelantan. Menurun lagi lama dari menaik haha tak boley terima kenyataan tu sampai hari ni.

muka redha dan final result

Bojang dah rupe lagi terok macam belacan, gunalah daia untuk sental baju ko tu ye tapi tabik dekat ko sebab gigih jugak nak naik. Dye lah paling banyak injured tak tahu lah kenapa dengan kaki dye tu, sikit2 nak 'terpeleot' sampai terjatuh 8ratus 5 ribu kali agaknya. Haha. Skin pulak paling scary dengan pancat, keje dye melontarkan vocal je dekat atas tu sama lah macam intan. Aku tak tahu la apa benda yang scary sangat dengan pacat tu, aku pon geli gak tapi tak sampai lgi tahap suara vocal ning baizura. Aizat jadi hero untuk skin dan intan, keje dye buang pacat je la kadang2 dye biarkan je skin jerit2 haha kelaka. 

Aku ade cerita sadis tentang kasut, arwah jugak dye dekat sini and aku turun pakai selipar je tau. Mencabar sebab licin and kadang2 aku tanggal je selipar guna kaki jari lima aku. Next trip aku memang kena carik kasut baru, yela kasut yang tu pon dah naik bape gunung mana lah nak tahan dari zaman komander lagi ha. Kasut yang ada sentimental value antara aku dan haha. Maaflah riwayat kasut dah tamat tapi kisah kasut takkan terpadam dari hati aku. Afiqah dye ade camera sebab tu dye takde dalam gambo kat atas tu tapi dye steady takde hadapi pape masalah.

Balik tu kitorg pegi mandi dulu dekat masjid berdekatan, pergh air dye memang macam mandi air batu la. Heart attack aku kalo selalu macam ni. Ditambah dengan hujan renyai2 lagi la mengigil kesejukan. Stay dekat masjid sampai maghrib. Lepas tu pegi makan dekat awana cable car tu yang Sajian Dan's. Lebih kurang jam 8.30pm kitorg gerak balik Shah Alam.

Overall perjalanan memang tak pressure sebab trek dye senang cuma licin dan lembab. Sape2 yang takot pacat pakai la stokin tebal2 dan baju yang sesuai. Total pendakian & penurunan 9 jam campur sesat bagai. That all ~

reasons kenapa diberi nama gunung bunga buah


6 comments:

  1. bestnya...
    tunggu tyka kurus, in shaa Allah akan join bergunung-gunung ni..
    skrg dalam proses mengecilkan badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gudluk syg! yes lepas ni kite besarkan group hiking ni ye, kitorang plan at least sebulan sekali kena buat outdoor.

      Delete
  2. wahhhhhhhhh bestt.....nk jugak,teringin nk follow hiking sendiri2 with commnder ... <3 it

    ReplyDelete
    Replies
    1. boley je fanad. nanti kalo rajin2 la roger ngn kitorg, insyaAllah kitorg akan update kalo nak pegi hiking next tym okey ^_^

      Delete
  3. Replies
    1. engkau la asik keje je, dunia sgt haha..aku nga discuss ngan diorg nak pegi ,maybe 9 n 10 march.

      Delete