22 Januari 2013
Plan untuk naik broga ni last minit sebenarnya sebab aku tetiba terbaca dekat tuiter dak2 komander nak pegi sempena habis paper diorang (maklulmlah kawan2 ramai student lagi). Aku ni menyibuk je nak ikot tapi alang2 boley warming up kaki sebelum pegi gunung bunga buah yang memang dah lama aku plan dengan fiqah.
Kitorang pegi 8 orang 2 buah kete. Yang naik kete aku, fiqah, aizat dan bojang. Kete shery, intan, skin dan biskot. Kitorang gerak pukol 2 pagi dari burger king seksyen 13, kemain awal kan excited konon nak kejar sunrise. Sepanjang perjalanan semua ok sebab ade yang dah penah pegi dan familiar jalan ke sana tapi malangnya jalan tu shery buat macam rete sendiri, kemain speed macam kat litar sepang, lampu merah pon habis dye redah. Aku kalo dapat saman memang aku share saman tu dgn dye haha. Sekali sampai dalam pukul 4, hah kan dah terawal sangat so lepak dekat mamak borak2 dulu lepas tu parking jap dekat petronas tunggu subuh. Sementara nak tunggu aku bedal tidur la sekejap.
Selesai je solat kitorang terus gerak ke tempat parking broga (kawasan ladang). Jam 6.50am kalau tak silap kami memulakan pendakian tanpa streching, bajet semua fit je kan. Memandangkan keadaan masih gelap so kami gunakan torchlight untuk mencari trek permulaan. Lebih kurang 30-40 minit kitorg pon sampai dekat 1st peak broga.
Memandangkan hari tu hari selasa so tak la ramai sangat manusia dekat atas tu macam hari2 minggu. Tk ramai pon penoh jugak la puncak tu and mostly diorang ni student rasenye sebab diorang baru habis paper semua kan and muka suci2 je lagi. Broga ialah tempat dimana beribu2 pictures akan diambil so setiap langkah kitorg akan snap pcture. Nasib ada si biskot yang memang jadi photographer tak bertauliah kitorg dan jenis tak kesah gamba dye takde haha. Memasing posing habis la dekat atas tu sebab memang cantik view dye.
1st peak, sape punye idea ntah love2 ni, haih komander komander
celah semak samun pon kitorang masuk sebab alasan pokok tu cantik
otw ke 2nd peak
si bunga yang gagah bersama si kumbang yang ayu
view 1st peak dari trek ke 2nd peak
view ke 2nd peak
2nd peak
berlatar belakang last peak
nak ke last peak kena lalu batu yang ada tali ni
lastly puncak bukit broga
thanx to photographer, biskot
pokok pon nak dipanjat
sandle yang berkhidmat
once commander forever commander
nice view
Last sekali lepas turun dari broga, memasing lapar dan kitorang plan pergi berendam dekat sungai gabai. otw nak ke sana kitorg singgah warung kat tepi2 jalan tu tapau bekalan makanan.
No comments:
Post a Comment