05 July 2013 aku, bubu and bojang kumpul dekat shah alam before gerak ke taiping. Supposed ramai yg nak join tapi cancel last minit, ade hal yg tak dapat di elakkan. Btw aku and yg lain mmg da tekad nak jugak pegi hiking before start puasa ni. So kitorg gerak after dinner. Punyelah nak kejar sampai dekat taiping sama dengan timing bas komander pahang kemain laju aku speed ha. Sekali terus kena snap aes, padan muke aku. Haih da 2 kali kena tempat yg same padahal da beware kat area slim river ade aes and entah macam mane tak sedar aku da kat area situ tapi tak reti nak slow. Menyesal tak sudah la sampai ke harini, terus call mak bitau sebab nanti confirm surat sampai kat rumah. Ape lagi mmg takde belas kasihan terus bertalu2 kena marah. Ok fine -__-"
Kitorg gerak 830 and sampai dalam kol 1130 malam, same sampai dengan cikgu and team student kor. Kali ni camping kembara part 2, last week pegi camping gunung senyum dengan senior alumni yg laen. Kemain hyper nak bercamping sebab da lame sgt tak active ni, badan da bam bam jangan cakap la. Diorg malam tu pasang khemah untuk tidur, takde ape aktiviti sangat sebab semua aktiviti start esok pagi. Kitorg and cikgu gerak ke rumah cikgu dekat Taman Kota Indah tidur dekat sana, bahagia dapat tilam.
Oh tempat bermalam komander and student kor dekat area Kuala Sepetang (tempat popular mee udang Mak Jah). Nama tempatnye Pusat Eko Pelajaran Kuala Sepetang. Dekat cni ade chalet penginapan, kemudahan toilet, surau dan dewan untuk camping.
Jeti Kuala Sepetang
Pagi esok jam 8 pagi kitorg gerak ke Bukit Larut berdekatan dengan Zoo Taiping. Sementara tunggu student sampai kitorang melantak breakfast dulu, amboi nasik lemak telur dangdut. Siap la jap lagi nanti, meraban carik toilet. Confirmed!
Naik van Uitm, ok rindu moment dedulu
Sempoi! Lame tak sarap macam ni
Briefing dari komander
Raja Noor Weldan Raja Ismail
Start treking jam 930 pagi, memula kemain la eksaited laju je jalan ke depan. Masuk 30 minit pertama adoi naik sengal urat betis ni ha. Tak di nafikan memang da semput la, fitness entah hilang ke mane penangan lauk pauk kenduri hampir setiap minggu. Ya Rabbi hiking trek tar ni lagi mecabar mental sebenarnye la, sampai kat selekoh tajam yang pacak 75 degree tu sampai rasa tahap nak merangkak je la. Lepas tu boley plak tengok orang lain slumber je naik jip ke atas. Haih sabar je la kan.
Nampak macam rilex je kan? Cube la tengok
Jumpe shortcut terus panjat
2 jam gagah naik jugak and bila da hampir sampai ke puncak memang rase teruja. Cantik bukan main la, ini la ciptaan Tuhan. Tak tipu bahagia tengok view dari atas bukit. Ni la scene paling aku suke bila hiking. Sampai berangan la kalau nak share hidup dengan someone nanti nak buat pre photo-shoot ke ape ke dekat atas gunung hahaha. Abaikan part mengarut ni.
First view
Hilang penat lelah bila tengok view dari tempat tinggi
Merangkak lagi dekat 15 minit untuk sampai ke check point yg pertama. And kagum tetibe ade sign macam ni. Wah kalau hiking trek hutan memang berangan la nak ade signboard macam ni kan.
Tea Garden, ala-ala naik genting dah
Banglo pon ade dekat atas ni, untuk penginapan mugkin
Rehat sebentar
Air bukit rase serupa nak rendam lama2
Sampai jugak dekat puncak
Macam dekat bukit tinggi
Jambatan gantung
Tabik Hairul Azreen
10km atau 1036m dari paras laut
Komander kembara, Acit
I'm proud being a part of Cobra Skuad
Menara Bukit Larut
Lepas dari puncak Bukit Larut ade lagi trek ke atas, kononnye teruja nak explore sampai betul2 habis trek. Gagah lagi panjat sendiri, tym ni student kor sume rehat je dekat area jambatan gantung tu. Oh masa ni tinggal aku, bubu, najib and acit je. Bojang ntah dekat mane la dye, tunggu tapi dye kat belakang lagi so decide naik je la dulu
Lagi trek ke atas
Naik dalam 15 minit tapi takde ape2 pon and last check point berhenti dekat banglo paling terakhir. Rest 10 minit, kalau terus ke depan lagi juz ade pencawang je la. Patut line penuh kat atas ni. So masa turun jumpe la bojang yang gigih jugak panjat sebab nak kejar kitorg ke atas. Sanggup tu tak berhenti dekat check point budak2 ni rehat. Tapi bila dye tengok kitorg dah turun, amboi frust sampai terbaring ye jang? Haha btw cool la ko.
Pukul 3 lebih kitorg pon gerak turun ke bawah semula, masa ni aku and acit berlari turun. Amboi kaki dye panjang kemain, sakit jari aku ni menahan badan nak turun. Tapi ade cerita di sini yang ehh malas la nak cerita haha. Biar kami2 je tahu.
Sampai dekat bawah and tunggu student kor sampai, lame jugak menunggu sampai rase nak tertidur la. Tambah pulak hujan lebat bukan main, kasihan mesti kuyup teruk bebudak ni. Lepas makan, Nik Khalid datang and kitorg pi pekena mee udang mak jah. Haih sedap!
Malam tu dan2 badan rase nak demam. Alahai lemah lagi bila kepala sakit gile. Telan ubat and rehat, tak mandi pon dekat pool tu sebab sejuk sangat. Malam ni cikgu buat bbq and ade kerang rebus lagi. Mewah betul camping student kor sekarang, kalau dulu makan ikan jaket je itupon lepas kene perah keringat segala bagai. Haih sedih!
Coronation Swimming Pool
Balik rumah cikgu terus tidur and flat rase. Esok pagi dah nak gerak balik kl la memasing. Tapi pegi lepak2 dekat jusco Kinta City dulu. Petang jugak la baru balik ke kl tu ha. Overall camping rilex je takde pon stress macam zaman dedulu tu. Untung la student sekarang ni ha. Next camping part 1 tym bulan puasa, 4 weeks berturut2. Perghhh gigih la korang nak handle. After raya gunung tebu and gunung angsi. Alumni please take note kalau rase nak buang lemak2 ketupat dan rendang. Lets join them :)
Gunung angsi noted
ReplyDelete