BULAN Zulhijjah, khususnya 10 hari awalnya, adalah peluang kedua selepas
Ramadan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredaan serta keampunan
Allah SWT selain daripada pahala amalan. Dikongsikan peristiwa 1-10 Zulhijjah serta ganjaran berpuasa dan amalan2nya.
1 Zulhijjah
Peristiwa: Hari Allah mengampuni Nabi Adam di Arafah.
Ganjaran berpuasa: Sesiapa yang berpuasa pada hari ini, Allah mengampuni dosanya.
2 Zulhijjah
Peristiwa: Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun.
Ganjaran berpuasa: Sesiapa berpuasa pada hari ini, maka seperti orang yang beribadah dan berpuasa setahun tanpa melakukan maksiat.
3 Zulhijjah
Peristiwa: Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah.
Ganjaran berpuasa: Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.
4 Zulhijjah
Peristiwa: Nabi Isa dilahirkan.
Ganjaran berpuasa: Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahan, kemelaratan dan kefakirannya pada hari kiamat bersama orang yang baik dan mulia
5 Zulhijjah
Peristiwa: Nabi Musa dilahirkan & memuliakan munajatnya.
Ganjaran berpuasa: Sesiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik & seksa kubur.
6 Zulhijjah
Peristiwa: Allah membuka pintyu kebajikan bagi nabi-nabiNya.
Ganjaran berpuasa: Sesiapa berpuasa pada hari itu akan dipandang Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta tidak akan diazab.
7 Zulhijjah
Peristiwa: Pintu Neraka Jahanam akan dikunci dan tidak dibuka sebelum berakhir hari ke-10 Zulhijjah.
Ganjaran berpuasa: Sesiapa berpuasa pada hari ini, Allah menghindarkannya daripada 30 pintu kemelaratan serta membuka 30 pintu kemudahan
8 Zulhijjah
Peristiwa: Hari ini dinamakan “Tarwiyah” (hari berfikir-fikir). Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari Syaitan.
Ganjaran berpuasa: Sesiapa berpuasa pada hari itu ia akan akan mendapat pahala yang tidak terhingga banyaknya. Hanya Allah yang mengetahui.
9 Zulhijjah
Peristiwa: Hari ini dinamakan “Hari Arafah” (Hari tahu). Arafah bermakna tahu atau memahami.
Di tempat inilah Nabi Adam AS mengerti jati dirinya. Pada hari ini Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu adalah perintah dari-Nya bukan dari syaitan. Pada hari ini juga turunnya ayat al-Quran terakhir
Ganjaran berpuasa: Sesiapa berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
10 Zulhijjah
Peristiwa: Hari Raya Aidiladha, dinamakan juga Raya Korban dan hari “Nahar” (menyembelih). Sesiapa berkorban dengan satu korban, maka setiap titisan darah yang mengalir, Allah akan mengampuni semua dosanya. Dan sesiapa memberi makan orang mukmin, maka Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dengan selamat serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yg terdapat di Madinah.
Beberapa amalan digalakkan untuk sepanjang 10 hari terawal Zulhijjah yang diketahui sangat besar pahalanya, seperti:
1. Berzikir
2. Berpuasa
3. Melakukan amalan bersedekah, membaca al-Quran, solat sunat dan lain-lain.
4. Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih teragak-agak dan menangguhnya.
5. Bertakbir.
6. Melakukan sembelihan korban.
Wallahu'alam..
#sumber
https://twitter.com/AsyrafZabani
http://akumimi88.blogspot.com/2012/10/kelebihan-berpuasa-1-9-dzulhijjah.html
http://dirihamba.blogspot.com/2012/10/kelebihan-10-hari-pertama-zulhijjah.html